Klik di sini untuk notis dalam Bahasa Inggeris
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial adalah terpakai terhadap Securities Industry Development Corporation (selepas ini disebut sebagai “SIDC”, “kami”, atau “kita”). Dalam notis bertulis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud seperti yang ditakrif dalam PDPA.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial adalah terpakai terhadap Securities Industry Development Corporation (selepas ini disebut sebagai “SIDC”, “kami”, atau “kita”). Dalam notis bertulis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud seperti yang ditakrif dalam PDPA.
1. Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak SIDC dan anda bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda.
2. Data peribadi yang diproses oleh pihak kami termasuk tanpa had nama, nombor kad pengenalan (No.KP), nombor pasport, nombor telefon, alamat, alamat e-mel, gambar, jawatan, nama syarikat, nombor Lesen Wakil Peniaga Pasaran Modal (Nombor CMSRL), Nombor Pekerja Kepada Orang Berdaftar (Nombor ERP ), kelayakan dan butiran-butiran yang lain yang anda telah berikan kepada kami yang terkandung di dalam dokumen dokumen seperti yang ditetapkan dalam Perenggan 4 notis ini.
3. Kami sedang memproses data peribadi anda termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk maksud-maksud berikut (“Maksud-maksud”):
(a) melaksanakan kewajipan kontraktual kami dengan anda (atau syarikat anda, jika terpakai);
(b) memberikan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan program-program latihan kami dan/atau khidmat nasihat;
(c) memberikan maklumat dan/atau perkembangan terkini mengenai program latihan, program pensijilan/kelayakan SIDC, rakan kongsi atau pembekal perkhidmatan SIDC;
(d) melaksanakan semua fungsi berkaitan dengan pelantikan anda sebagai pembekal perkhidmatan kami;
(e) melaksanakan semua fungsi yang berkaitan dengan pengambilan kerja para siswazah dalam industri pasaran modal;
(f) melaksanakan semua fungsi berkaitan dengan pemerolehan dan proses pembayaran SIDC;
(g) Untuk menjemput penyertaan anda untuk acara-acara, program-program pendidikan dan aktiviti-aktiviti SIDC;
(h) memberikan perkhidmatan dan maklumat terkini berkenaan dengan program-program pendidikan awam kami;
(i) menyelaras dan mengendalikan pemeriksaan perlesanan dan pematuhan CPE yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti;
(j) apa-apa aktiviti perniagaan kami atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti;
(k) menjalankan kegiatan dalaman seperti tinjauan pasaran, analisis kecenderungan dan analisis data untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan kami; dan
(l) apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan yang tersebut di atas.
4. Data peribadi anda akan dan telah dikumpulkan daripada anda dan/atau maklumat yang anda telah berikan kepada kami:
(a) di laman web dan melalui e-mel anda;
(b) di platform-platform media sosial termasuk tanpa had seperti Facebook dan Instagram;
(c) semua borang-borang yang berkaitan dengan program-program latihan dan pensijilan atau kelayakan, fungsi-fungsi dan acara termasuk tetapi tidak terhad kepada borang pendaftaran program;
(d) semua borang yang berkaitan dengan peperiksaan termasuk tetapi tidak terhad kepada borang pendaftaran peperiksaan;
(e) semua dokumen yang bersamaan seperti tetapi tidak terhad kepada perjanjian, sebut harga dan invois;
(f) melalui penyertaan anda di dalam aktiviti-aktiviti dan program-program kami; dan
(g) apa-apa maklumat yang anda telah berikan dan akan beri keapda kami dari semasa ke semasa.
5. Anda boleh mengakses dan memohon untuk membuat pembetulan terhadap data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) daripada:
Jawatan: | Pengurus |
Nombor Telefon: | 603-6204 8529 |
Alamat Surat Menyurat: | Securities Industry Development Corporation (SIDC) No. 3, Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur |
Alamat e-mel: | pdpa@sidc.com.my |